Berita Utama

Video tular anggota peronda disyaki ambil rasuah

Polis minta pemilik akaun TikTok, orang ramai tampil jika ada maklumat

KUALA LUMPUR, 22 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Polis sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berkenaan satu klip video tular di aplikasi TikTok yang membabitkan sebuah kereta peronda polis (MPV) disyaki mengambil suapan berhampiran sebuah stesen minyak.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu mungkin berlaku di Stesen Minyak Shell Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, menghala ke pusat bandar berhampiran pintu gerbang sempadan Kuala Lumpur-Selangor.

“Polis menyeru pemilik akaun TikTok mahupun orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan tarikh dan masa kejadian serta nombor pendaftaran kereta peronda polis berkenaan untuk tampil ke hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular satu klip video pendek berdurasi 31 saat dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, stickerpro_my menunjukkan sebuah MPV polis disyaki telah mengambil suapan berhampiran stesen minyak Shell.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button