Dunia

40 tahanan Palestin mogok lapar solidariti untuk Khalil

Penahanan pentadbiran Khalil diperbaharui selama empat bulan lagi

TEBING BARAT, 24 Zulhijjah 1443H, Ahad – Sekurang-kurangnya 40 tahanan Palestin di penjara Israel telah melancarkan mogok lapar secara terbuka.

Menurut Persatuan Al-Quds, tahanan terbabit memulakan mogok lapar mereka pada Khamis sebagai solidariti kepada Khalil Awawdeh, yang telah menyambung kembali mogoknya selama 20 hari.

Pada Rabu, mahkamah tentera di Penjara Ofer Israel memperbaharui penahanan pentadbiran Khalil selama empat bulan, sehingga mendorong rakan tahanan lain untuk memulakan mogok lapar keesokan harinya.

Khalil, 40, dari bandar Hebron, Tebing Barat telah ditahan pada 27 Disember 2021 dan diletakkan di bawah penahanan pentadbiran.

Dia melancarkan mogok lapar selama 111 hari sebelum menghentikan tindakan itu selepas dijanjikan untuk bebas oleh pihak berkuasa pendudukan Israel.

Bapa kepada empat anak itu sedang dipenjarakan di hospital Israel kerana kesihatannya semakin merosot akibat kesan teruk mogok lapar terbabit. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button