Dunia

5 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak cedera angkara askar Israel

Serang penduduk dengan peluru bersalut getah dan gas pemedih mata

RAMALLAH, 24 Zulhijjah 1443H, Ahad – Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak cedera ketika konfrontasi berlaku dengan tentera pengganas Israel di kampung Kafr Qaddum, wilayah Qalqilia, Tebing Barat.

Sumber memberitahu, askar pendudukan Israel menyerbu kampung dan menyerang rakyat Palestin dengan peluru bersalut getah serta gas pemedih mata.

Tindakan rejim Zionis itu mencederakan lima mereka akibat terkena peluru bersalut getah, termasuk seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun dan menyebabkan ramai sesak nafas akibat gas pemedih mata.

Kesemua penunjuk perasaan yang cedera dirawat di tempat kejadian.

Selama bertahun-tahun, penduduk kampung Kafr Qaddum dan kejiranan mengadakan protes mingguan sebagai membantah pembinaan penempatan haram Israel.

Lebih 650,000 peneroka Israel tinggal di penempatan Yahudi di seluruh wilayah Palestin diduduki yang melanggar undang-undang antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button