Berita Utama

Tiga maut, dua cedera insiden tembakan di universiti Filipina

Suspek cuba larikan diri tetapi berjaya ditahan pihak polis

MANILA, 24 Zulhijjah 1443H, Ahad – Insiden tembakan di sebuah kampus universiti di Metro Manila pada Ahad, mengorbankan tiga individu, manakala dua lagi cedera, menurut polis Filipina.

Pihak Berkuasa Pembangunan Metro Manila mengesahkan kejadian berlaku pada 14.55 tengah hari waktu tempatan di pintu masuk Universiti Ateneo de Manila di Quezon City, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Seorang pengawal keselamatan turut terbunuh,” kata Pengarah daerah Polis Quezon City, Remus Medina.

Dalam kejadian itu, suspek cuba melarikan diri menggunakan kereta tetapi berjaya ditahan pihak polis.

Ejen Biro Penyiasatan Kebangsaan juga telah dikerah ke lokasi kejadian “untuk menyiasat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa dan pihak universiti.”

Kampus “ditutup buat masa ini,” menurut universiti itu.

Ketua Hakim Negara Mahkamah Tinggi Alexander Gesmundo dijadual menghadiri majlis graduasi lulusan undang-undang pada petang Ahad.

Jurucakap Mahkamah Agung Brian Hosaka berkata Gesmundo “yang dalam perjalanan ke lokasi itu dinasihatkan untuk berpatah balik”. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button