Berita UtamaDunia

Gunung berapi Ubinas: Peru bakal isytihar status kecemasan

Amaran status kawasan dinaikkan kepada tahap 'jingga'

LIMA, 15 Zulhijjah 1444H, Selasa – Peru bakal mengisytiharkan status kecemasan di kawasan sekitar gunung berapi Ubinas di wilayah selatan Moquegua.

Ia susulan gunung berapi paling aktif di negara itu memuntahkan abu selama beberapa hari, kata Perdana Menteri, Alberto Otarola.

Katanya, status kecemasan mungkin akan diisytiharkan dalam beberapa hari lagi bagi menyediakan ‘langkah pencegahan yang diperlukan’ untuk wilayah itu.

Sementara itu, Institut Pertahanan Awam Negara (INDECI) berkata, amaran status kawasan itu telah dinaikkan kepada tahap ‘jingga’ daripada kuning mengikut piawaian kebangsaan.

Perkara itu diputuskan selepas gunung berapi itu menunjukkan kepulan abu yang mencapai ketinggian 1,700 meter.

INDECI menasihatkan 2,000 penduduk di rantau itu supaya menjauhi gunung berapi dan memastikan pintu dan tingkap ditutup.

Pelitup muka dan cermin mata telah diserahkan kepada penduduk, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa Peru pada 2019 memindahkan ratusan orang yang tinggal berhampiran gunung berapi Ubinas selepas letusan dan pelepasan abu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button