Berita UtamaDunia

UAE sahkan tiga kes baharu cacar monyet

Masyarakat digesa ambil langkah keselamatan dan pencegahan

DUBAI, 24 Zulhijjah 1443H, Ahad – Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan tiga kes cacar monyet baharu, ketika pihak berkuasa kesihatan memantau dengan teliti penyakit berkenaan.

Anggota masyarakat digesa oleh Kementerian Kesihatan dan Pencegahan supaya mengambil langkah keselamatan serta pencegahan ketika dalam perjalanan atau apabila dikelilingi orang ramai.

Kementerian Kesihatan dan Pencegahan meyakinkan orang ramai bahawa pihak berkuasa kesihatan UAE sedang mengambil semua langkah yang perlu untuk menyiasat, memeriksa serta memantau kesihatan mereka dijangkiti atau merupakan kontak rapat pesakit.

Pegawai kesihatan menggesa orang ramai mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi negara dan mengelak daripada menyebarkan khabar angin atau berita palsu.

Orang ramai dinasihat untuk memantau perkembangan terkini dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa UAE. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button