Berita UtamaDunia

18 kakitangan perubatan terbunuh sejak Russia serang Ukraine

900 kemudahan perubatan rosak dan musnah

KYIV, 25 Zulhijjah 1443H, Isnin – Sekurang-kurangnya 18 kakitangan perubatan terbunuh dan hampir 900 kemudahan perubatan rosak dan musnah akibat pencerobohan Russia ke atas Ukraine, yang memasuki bulan keenam pada Ahad.

Dalam catatan Facebook, Kementerian Kesihatan Ukraine berkata, lebih 50 pekerja perubatan cedera akibat serangan Russia sejak 24 Februari lalu, apabila Moscow menghantar puluhan ribu tentera ke Ukraine dalam perang Eropah terbesar sejak 1945.

Katanya, 123 kemudahan perubatan di Ukraine musnah akibat pencerobohan itu, manakala 746 lagi memerlukan pembaikan.

Russia menafikan sengaja menyasarkan orang awam atau pekerja perubatan dan mengatakan Moscow sedang menjalankan ‘operasi ketenteraan khas’ di Ukraine untuk memerangi nasionalis.

Kyiv berkata, Kremlin menggunakan ‘keganasan’ untuk membuli rakyat Ukraine ke dalam perjanjian damai yang memalukan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button