Berita UtamaIstimewa

DAP pasti tumbang jika umat Islam bersatu

Canangkan Melayu jadi ketua Menteri Pulau Pinang

BANGI, 25 Zulhijjah 1443H, Isnin – Parti tamak haloba DAP akan tumbang sekiranya umat Islam bersatu dalam arena politik.

Namun sekiranya parti-parti orang Islam tetap berpecah, sudah semestinya ia akan menguntungkan parti ultra kiasu.

Justeru, pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah meminta Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mengadakan rundingan segera dengan PAS terutamanya untuk menumbangkan DAP di Pulau Pinang.

“Begitu juga PKR di Selangor. Formulanya tidak susah, canangkan Melayu jadi ketua Menteri Pulau Pinang dan PAS jadi Menteri Besar Selangor. Nampak macam pelik dan tidak masuk akal, tetapi itulah realitinya.

“Percayalah DAP pasti akan tumbang jika umat Islam bersatu.

“Bila berpolitik kena ada rasa besar hati bukan besar kepala. Baru rakyat akan rasa terkejut. Jadikan budaya terkejut dalam budaya politik Melayu, kerana ia akan membawa rakyat berfikir, akan menjadikan mereka mudah faham dan semakin sedar,” katanya.

Dalam pada itu, Prof Ridhuan Tee turut mengingatkan bahawa politik besar kepala atau sombong dan syok sendiri hanya akan makan tuan.

“Jangan fikir soal MCA untuk diketengahkan menjadi calon Ketua Menteri Pulau Pinang. MCA tidak layak untuk jadi Ketua Menteri. Kemenangan MCA di beberapa kerusi DUN dalam PRN Melaka dan Johor, itu bukan tanda MCA kuat, tetapi orang Cina meluat dengan DAP.

“Melaka dan Johor berbeza budaya politiknya. Pulau Pinang sentriknya Cina. Mereka sudah anggap negeri ini bapa dia empunya. Dia rasa dia kuat. Ketua Menteri mesti daripada kalangan mereka. Persepsi ini mesti dipecahkan,” katanya.

Terdahulu, Mohamad Hassan menuntut gabungan Barisan Nasional (BN) bersatu jika berhasrat menumpaskan DAP di Pulau Pinang.

Katanya, tidak mustahil BN mampu menewaskan DAP di negeri itu memandangkan parti berkenaan mengalami kekalahan di kubu kuat mereka pada pilihan raya negeri di Melaka, Johor dan Sarawak.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button