Dunia

EU lulus vaksin cacar monyet

Sah di semua negara anggota, Iceland dan Norway

COPENHAGEN, 25 Zulhijjah 1443H, Isnin – Suruhanjaya Eropah meluluskan vaksin cacar untuk digunakan bagi penyakit cacar monyet, selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan global.

Bavarian Nordic – pembuat ubat-ubatan Denmark – dalam satu kenyataan berkata, Suruhanjaya Eropah telah melanjutkan kebenaran pemasaran untuk vaksin cacar, Imvanex sebagai perlindungan kepada cacar monyet.

Katanya, ia selaras dengan saranan badan pemerhati ubat-ubatan Kesatuan Eropah (EU).

“Kelulusan… sah di semua negara anggota Kesatuan Eropah serta Iceland, Liechtenstein dan Norway,” katanya.

Imvanex telah diluluskan di EU sejak 2013 untuk pencegahan cacar.

Ia juga dianggap sebagai vaksin berpotensi untuk wabak cacar monyet kerana persamaan antara virus cacar monyet dan ‘smallpox’.

Cacar monyet kurang berbahaya dan berjangkit daripada cacar yang telah dihapuskan pada tahun 1980.

Sabtu lalu, WHO mengisytiharkan wabak cacar monyet yang telah menjejaskan hampir 16,000 orang di 72 negara sebagai kecemasan kesihatan global.

Lonjakan jangkitan cacar monyet telah dilaporkan sejak awal Mei di luar negara-negara Barat dan Afrika Tengah – di mana ia diisytihar sebagai endemik.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button