Berita Utama

Harga maksimum minyak masak botol diwarta seminggu lagi

Rundingan turunkan harga minyak dengan pihak industri terbabit tak efektif

KUALA LUMPUR, 25 Zulhijjah 1443H, Isnin – Kerajaan akan mewartakan harga maksimum minyak masak tulen dalam botol, bagi memastikan produk itu mempunyai harga maksimum dari semasa ke semasa.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah itu diambil setelah rundingan untuk menurunkan harga minyak dengan pihak industri terbabit tidak efektif, walaupun harga minyak sawit dunia telah turun.

“Oleh kerana ia (penurunan harga) tidak berlaku, undang-undang sedia ada membolehkan kita mewartakan barangan keperluan tertentu dengan kaedah penentuan harga maksimum.

“KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) boleh ambil langkah-langkah pewartaan, supaya minyak masak akan mempunyai harga maksimum dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kali keenam Pasukan Jihad Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Annuar berkata, penentuan harga maksimum tersebut dijangka akan dilaksanakan seminggu lagi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button