Berita Utama

Majikan mesti ambil serius pelaksanaan gaji minimum RM1,500

Kecewa ada majikan tawar gaji tak setimpal

KUALA LUMPUR, 25 Zulhijjah 1443H, Isnin – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan majikan bahawa gaji minimum kini ditetapkan pada kadar RM1,500, berkuat kuasa sejak 1 Mei lepas.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, sehingga Julai ini, berdasarkan statistik MYFutureJobs, lingkungan gaji bagi kekosongan jawatan yang paling banyak ditawarkan di seluruh negara adalah antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan.

“Kerajaan kini giat membangunkan ‘talent pool’ (kumpulan bakat) yang berkemahiran, produktif dan berpotensi tinggi, namun saya sedikit kecewa kerana gaji ditawar majikan tidak setimpal dan berpadanan dengan kelayakan dan kerja dilakukan anak-anak tempatan.

“Sehubungan itu, saya meminta supaya pihak majikan mengambil serius mengenai perkara ini, kerana pekerja merupakan tunjang utama dalam mana-mana organisasi; di mana mereka boleh ‘make or break’ sesuatu perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di sini, hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button