Berita UtamaDunia

Tutup sekolah untuk pelajar perempuan hanya sementara: Taliban

Ahli akademik tegaskan hanya dengan pendidikan lahirkan masyarakat maju

KABUL, 25 Zulhijjah 1443H, Isnin – Taliban mendakwa penutupan sekolah kepada pelajar perempuan bagi gred enam ke atas adalah bersifat sementara sambil menegaskan bukan larangan kekal.

Menerusi temubual bersama CGTV, jurucakap Menteri Luar Taliban, Abdul Qahar Balkhi berkata, kerajaan tidak pernah mengharamkan sesi persekolahan kepada pelajar perempuan di negara ini.

Sambil mempertahankan Taliban, Abdul Qahar berkata, penelitian yang tegas terhadap pelajar Islam terutama pelajar perempuan dan isu pendidikan menyebabkan golongan itu tidak dibenarkan meneruskan sesi persekolahan, buat masa ini.

“Kerajaan kini mengambil pendekatan yang beransur-ansur dalam menyelesaikan perkara berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan sesi persekolahan kepada pelajar perempuan akan dibuka semula.

Sementara itu, pelajar-pelajar perempuan yang dilarang meneruskan sesi persekolahan lebih 11 bulan menuntut supaya Taliban membuka semula sesi pembelajaran.

“Apabila wanita tidak dibenarkan berjumpa dengan bukan mahram jadi siapa yang akan merawat sekiranya golongan ini sakit dan memerlukan rawatan,” soal seorang pelajar, yang dikenali sebagai Fariha.

Sementara itu, seorang pensyarah wanita, Waheeda Adalatijo turut menegaskan sekiranya kerajaan mahu mewujudkan negara yang progresif dan melahirkan masyarakat maju, tiada jalan singkat kecuali melalui pendidikan dan interaksi dengan masyarakat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button