Berita UtamaDunia

Wanita Pertama Turki gesa henti peperangan di Ukraine

Ankara beri sokongan psikologi kepada mereka yang trauma berdepan peperangan

ANKARA, 25 Zulhijjah 1443H, Isnin – Wanita Pertama Turki, Emine Erdogan menggesa masyarakat antarabangsa bersatu dalam usaha menamatkan konflik di Ukraine.

Beliau berkata, Ankara akan menggunakan segala usaha termasuk hubungan diplomatik di peringkat tertinggi dalam menangani peperangan berkenaan.

Emine berkata demikian menerusi pesanan video pada Sidang Kemuncak Kedua Wanita Pertama yang diadakan di Kiev.

Emine yakin Ukraine mampu dibangunkan semula selepas musnah akibat peperangan dahsyat, sekiranya semua pihak bekerjasama menangani krisis itu.

Konflik di Ukraine telah menyebabkan jumlah pelarian di seluruh dunia meningkat sehingga 100 juta, sekali gus memberi kesan kepada semua terutama kepada wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah.

“Turki kini menampung 1,300 mangsa pelarian termasuk anak-anak yatim,” katanya.

Selepas menerima surat daripada Presiden Volodymyr Zelenskiy, Emine berkata, suaminya terus melancarkan inisiatif dengan memberikan sokongan psikologi dan aktiviti kebudayaan yang bagi mengurangkan trauma yang dialami.

Terbaharu, Institut Yunus Emre Turki juga telah memulakan kursus bahasa Turki kepada kira-kira 1,200 kanak-kanak yang merupakan mangsa peperangan.

Sementara itu dalam usaha bantuan kemanusiaan pula, Emine berkata, Turki sehingga kini telah menghantar 100 trak bantuan ke Ukraine dan Moldova – Agensi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button