Dunia

Cacar monyet: 3 kes di Arab Saudi, Jepun rekod kes pertama

Semua individu dijangkiti ada sejarah perjalanan ke Eropah

RIYADH, 26 Zulhijjah 1443H, Selasa – Kementerian Kesihatan mengesahkan jumlah kes jangkitan cacar monyet di Arab Saudi sudah mencecah tiga orang.

Kementerian itu memaklumkan ketiga-tiga kes itu dijangkiti wabak berkenaan setelah kembali dari Eropah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Abdullah Asiri berkata, semua individu yang dijangkiti hanya mengalami gejala ringan seperti ruam kulit dan demam.

Beliau mengesahkan kes pertama cacar monyet telah pulih dan selesai tempoh pemerhatian.

Katanya, dua lagi kes masih dalam pemerhatian namun berada dalam keadaan yang sangat baik, dan menjangkakan akan pulih dalam beberapa hari.

Sementara itu, Jepun pada Isnin turut mengesahkan kes pertama cacar monyet yang dikesan pada seorang lelaki berusian 30-an selepas pulang daripada melancong ke luar negara.

Gebenor Tokyo, Yuriko Koike berkata, pesakit mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah dan menjadi kes pertama di negara itu.

Sabtu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.

Wabak itu telah menjejaskan lebih 16,800 orang di 74 negara, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada 22 Julai lalu.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button