Dunia

Hepatitis misteri berkait virus AAV2

1,010 kes termasuk 46 perlu pemindahan hati

WASHINGTON, 26 Zulhijjah 1443H, Selasa – Penyelidik Britain melaporkan satu kejayaan dalam kes hepatitis misteri yang menjejaskan kanak-kanak.

Mereka mendapati kes hepatitis misteri yang serius itu dikaitkan dengan jangkitan bersama dua virus biasa, tetapi bukan coronavirus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, kemungkinan sekurang-kurangnya 1,010 kes termasuk 46 kes yang memerlukan pemindahan hati dan 22 kematian akibat penyakit itu sejak Oktober lalu.

Dalam dua kajian baru yang dijalankan secara bebas dan serentak di Scotland serta London, para saintis menemukan virus lain dikenali virus berkaitan Adeno 2 (AAV2) dan dikesan terdapat dalam kebanyakan pesakit.

AAV2 biasanya tidak diketahui menyebabkan penyakit dan tidak membiak sendiri tanpa kehadiran virus pembantu lain.

Kedua-dua pasukan penyelidik membuat kesimpulan bahawa jangkitan bersama AAV2 dan adenovirus atau virus herpes HHV6 menjadi penyumbang kepada hepatitis misteri itu.

“Kehadiran virus AAV2 dikaitkan dengan hepatitis yang tidak dapat dijelaskan pada kanak-kanak,” kata profesor penyakit berjangkit, Emma Thomsom dari Universiti Glasgow.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button