Berita Utama

Lebih 400 mati setiap minggu kerana rokok

Tiada kuantiti, jumlah tembakau selamat untuk perokok

BANGI, 26 Zulhijjah 1443H, Selasa – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa tiada kuantiti atau jumlah tembakau yang selamat untuk golongan perokok.

Malah, produk tembakau hanya menyebabkan ketagihan nikotin yang menyukarkan perokok berhenti merokok untuk sepanjang hayat.

Beliau berkata, pengambilan tembakau adalah antara faktor pencetus kanser iaitu penyakit utama yang menyebabkan kematian di hospital di Malaysia.

“Di Malaysia, lebih 400 orang mati disebabkan rokok setiap minggu.

“Peringkat global, setiap tahun, enam juta orang mati disebabkan perbuatan merokok,” katanya dalam video dimuat naik hari ini.

Atas dasar itu, beliau berkata, cadangan Generational Endgame atau GEG yang melarang aktiviti merokok terhadap generasi yang lahir selepas tahun 2007 adalah amat penting.

Khairy menegaskan perbuatan merokok bukan hanya membahayakan diri sendiri, bahkan membabitkan juga orang lain di sekeliling.

“Bahaya rokok boleh tersebar kepada orang disekeliling yang tidak merokok menerusi secondhand atau third-hand smokong. You harming other people.

“Ingat, tiada kuantiti atau jumlah tembakau yang selamat untuk kita. Its just dangerous, full stop! Jauhi rokok, mainkan peranan anda dalam melahirkan generasi bebas rokok. Support GEG,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button