Berita UtamaDunia

Rejim haram sengaja roboh rumah penduduk Palestin

Ketegangan tercetus selepas askar kenakan kawalan keselamatan

QARAWAT BANI HASAN, 26 Zulhijjah 1443H, Selasa – Tentera negara pengganas Israel merobohkan rumah dua warga Palestin yang dituduh menembak mati seorang peneroka Yahudi pada April.

Rumah itu terletak di perkampungan Qarawat Bani Hasan, di utara Tebing Barat yang diduduki.

Ia milik Yusef Aasi dan Yehya Miri, yang dituduh melepaskan ‘serangan tembakan maut di pintu masuk ke bandar Ariel, membunuh pengawal keselamatan Israel, Vyacheslav Golev’.

Ariel adalah salah satu penempatan haram Israel terbesar yang dibina di atas tanah Palestin.

Kedua-dua lelaki itu berada dalam tahanan Israel sejak 29 April dan masih belum menghadapi sebarang perbicaraan di hadapan mahkamah tentera Israel.

Saksi memberitahu media tempatan bahawa tentera Israel menyerbu bandar itu dan menutup pintu masuk, mengenakan kawalan keselamatan di kawasan kejiranan di mana rumah itu berada.

Penduduk Palestin di kawasan itu berdepan dengan tentera Israel, membaling batu dan bom molotov ke arah mereka serta menutup jalan bagi menghalang kemaraan tentera.

Sementara tentera rejim Zionis melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata.

Penduduk di beberapa rumah bersebelahan terpaksa berpindah kerana penembak tepat dikerahkan di atas bumbung mereka.

Israel telah merobohkan ratusan rumah penduduk Palestin sebagai sebahagian daripada polisi hukuman sejak penjajahan Tebing Barat pada 1967.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, Israel Btselem, tindakan merobohkan rumah penduduk Palestin yang mempunyai kaitan dengan penyerang yang disyaki adalah satu bentuk hukuman kolektif. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button