
BANGI, 27 Zulhijjah 1443H, Rabu – Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.65 kepada RM4.55 seliter, mulai tengah malam ini, bagi tempoh 28 Julai hingga 3 Ogos depan.
Kementerian Kewangan memaklumkan, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel.
“… walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan, seperti mana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.