Berita UtamaDunia

3 penjara di Myanmar huru-hara

Kekecohan berlaku selepas mahkamah jatuhkan hukuman mati terhadap 4 aktivis

YANGON, 27 Zulhijjah 1443H, Rabu – Protes terhadap keputusan Junta menjatuhkan hukuman mati kepada empat aktivis demokrasi di negara itu bertukar ganas di tiga penjara Myanmar.

Tindakan itu sekali gus mengganggu perbicaraan mahkamah dan mendorong pengawal melepaskan tembakan ke arah udara, lapor sumber penjara.

Sumber di penjara Pyay memberitahu RFA, keadaan di penjara kini semakin hura-hara apabila pengawal cuba menghalang bantahan mereka terhadap hukuman mati menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menangguhkan perbicaraan.

Jurucakap Persatuan Bekas Tahanan Politik Myanmar Tun Kyi berkata, keganasan berlaku di Penjara Insein Yangon, Penjara Oboh Mandalay dan Penjaran Pyay wilayah Bago.

Ia selepas pengumuman rasmi mengenai hukuman mati terhadap pemimpin veteran demokrasi, Ko Jimmy, Bekas Ahli Parlimen NLD, Phyo Zeya Thaw, aktivis Hla Myo Aung serta Aung Thura Zaw.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap mengenai tarikh sebenar dan kaedah yang akan digunakan dalam hukuman mati berkenaan yang dipercayai akan dilakukan Sabtu ini di Penjara Insein.

“Rusuhan di Penjara Insein adalah paling ganas.

“Keadaan sama turut berlaku di Penjara Mandalay Oboh dan Penjara Pyay sehingga menyebabkan berlaku tembakan,” katanya.

Tun Kyi menambah, seorang tahanan politik di Penjara Insein telah melarikan diri ketika dalam perjalanan ke mahkamah pada 18 Julai. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button