Dunia

Gempa bumi 7.1 magnitud gegar Filipina

Bangunan hospital rosak, sistem kereta api metro dihentikan

MANILA, 27 Zulhijjah 1443H, Rabu – Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda pulau Luzon, Filipina hari ini, hingga mengakibatkan kerosakan pada hospital dan bangunan.

Pesakit dan kakitangan sebuah hospital di wilayah Abra telah dipindahkan selepas sebahagian bangunan itu runtuh akibat gegaran, namun  tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran kuat itu turut dirasakan di ibu negara, Manila.

Gegaran itu menyebabkan sistem kereta api metro di Manila dihentikan pada waktu puncak dan kakitangan di bangunan senat turut dipindahkan.

USGS berkata, pusat gempa adalah kira-kira 11 kilometer timur-tenggara bandar Dolores dan berlaku pada kedalaman 10km.

“Kita masih mengalami gegaran susulan. Kami menerima laporan kerosakan rumah, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa.

“Kawasan terjejas juga tiada bekalan elektrik kerana ia terputus secara automatik kerana bahaya,” kata Datuk Banda Lagangilang di wilayah Abra, Rovelyn Villamor.

Pengarah Seismoglogi negeri, Renato Solidum berkata, fokus kini tertumpu di Abra dan wilayah berdekatan dan menjangkakan gempa susulan kuat akan berlaku.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button