Dunia

Rejim Israel tangkap penduduk selepas ceroboh kampung di Baitulmaqdis

Zionis lepaskan bom tangan, gas pemedih mata secara mengejut

RAMALLAH, 27 Zulhijjah 1443H, Rabu – Beberapa penduduk Palestin cedera akibat terkena peluru logam getah dan terhidu gas pemedih mata ketika pertempuran dengan pasukan pendudukan Israel yang menyerbu kampung Beit Duqqo dan Biddo, barat Baitulmaqdis semalam.

Pertempuran itu turut menyebabkan enam yang lain ditahan, menurut sumber tempatan.

Pasukan tentera menyerbu dua kampung pada awal pagi dan mencetuskan pertempuran dengan pemuda tempatan.

Askar Israel kemudiannya melepaskan peluru getah, gas pemedih mata dan bom tangan secara mengejut ke arah mereka dan rumah di Beit Duqqo sehingga ramai mengalami sesak nafas.

Pasukan pendudukan turut menyerbu beberapa rumah di dua kampung itu dan menahan empat penduduk di Beit Duqqo dan dua lagi di Biddo, kata sumber.

Selain Tebing Barat, Baitulmaqdis juga sering menjadi sasaran pihak berkuasa Israel untuk memperluaskan kuasa mereka melalui penindasan dan pembinaan penempatan haram Yahudi.

Serbuan kerap kali dilakukan di wilayah itu, sehingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk setempat.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button