Berita UtamaDunia

UAE bina stadium di kawasan Israel bunuh 51 rakyat Palestin

Nama stadium sempena bekas Presiden UAE, Khalifa Bin Zayed

ABU DHABI, 27 Zulhijjah 1443H, Rabu – Sebuah syarikat yang bergabung dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju membina sebuah stadium bola sepak di perkampungan Kafr Qasem – di mana polis pengganas Israel membunuh 51 rakyat Palestin pada 1956, lapor media Israel.

Perjanjian untuk membina stadium itu, lapor akhbar harian Israel, Maariv, telah dipersetujui antara syarikat UAE dan Menteri Kerjasama Serantau Israel, Issawi Freij.

Menurut akhbar itu, stadium itu akan dinamakan sempena nama bekas Presiden UAE, Khalifa Bin Zayed dan mempunyai kapasiti 8,000 orang, yang dibiayai sepenuhnya oleh UAE.

Susulan kelulusan daripada pegawai UAE, Menteri Israel memulakan penyediaan rancangan yang dijangka siap dalam beberapa bulan akan datang.

Pada 29 Oktober 1956, Polis Sempadan Israel melepaskan tembakan ke arah petani Palestin yang tidak bersenjata, membunuh 51 daripada mereka, termasuk 23 di bawah umur 18 tahun.

Pelaku telah dibebaskan kecuali seorang yang diperintahkan membayar denda sepuluh sen. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button