Berita Utama

UMNO perlu berani guna logo sendiri sebelum label PAS penakut

Dalam sejarah PRU, UMNO tak pernah guna logo mereka

BANGI, 27 Zulhijjah 1443H, Rabu – PAS menepis dakwaan kononnya parti itu penakut dan sedang mengalami krisis keyakinan diri.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa PAS kini mengalami krisis keyakinan diri dan tidak lagi yakin dengan kekuatan mereka apabila sentiasa ‘patuh’ dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam berpolitik.

Dakwanya, perkara tersebut dilihat apabila kepemimpinan PAS sebelum ini memberitahu akan menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum menukar pendirian mereka.

Menjawab dakwaan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, UMNO sepatutnya membuktikan kekuatan partinya terlebih dahulu dengan menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Umum (PRU).

“Sebelum mahu melabelkan PAS sebagai parti penakut, UMNO perlu berani menggunakan logo sendiri pada PRU.

“Dalam sejarah PRU negara menunjukkan parti itu tidak pernah menggunakan logo mereka sendiri. Sekarang ini siapa yang takut dalam soal ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Amar menjelaskan, keadaan itu berbeza dengan pendirian PAS sendiri.

Sepanjang PAS berada dalam politik tanah air, partinya kental menggunakan logo sendiri sama ada menang atau kalah, katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button