Berita UtamaDunia

Orang awam cedera dalam pertempuran sengit di Tripoli

Tiada angka rasmi kematian dikeluarkan setakat ini

TRIPOLI, 29 Muharam, 1444H, Sabtu – Pertempuran sengit meletus di ibu negara Libya pada Sabtu, mencederakan orang awam dan menimbulkan kebimbangan konflik di negara yang menghadapi krisis politik itu.

Menurut saksi, pertempuran berlaku di pusat bandar Tripoli selepas salah satu kumpulan terkuat di ibu negara itu menyerang pangkalan pasukan pesaing, yang menjurus kepada kejadian berbalas tembakan selama berjam-jam.

Keadaan itu menggerunkan penduduk tempatan dan menimbulkan kebimbangan peningkatan serangan yang lebih meluas.

Tidak jelas sama ada pertempuran itu dikaitkan secara langsung dengan perselisihan politik Libya yang lebih meluas terhadap kawalan kerajaan, bagaimanapun sebarang pertembungan antara kumpulan Tripoli yang berkuasa berisiko menarik puak lain.

Jurucakap perkhidmatan ambulans Tripoli, Oussama Ali berkata, dengan pertempuran berterusan, pihaknya menghadapi kesukaran untuk bergerak.

Katanya, terdapat kecederaan dalam kalangan orang awam, namun tidak menyatakan jumlah.

Media tempatan juga melaporkan kematian, bagaimanapun tiada angka rasmi dikeluarkan.

Imej di media sosial menunjukkan kenderaan terbakar dalam pertempuran dan bangunan yang dipenuhi peluru. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button