Dunia

Cacar monyet: 18,000 kes, lima kematian direkod di 78 negara

70 peratus kes dilapor di Eropah, 25 peratus lagi Amerika: WHO

GENEVA, 28 Zulhijjah 1443H, Khamis – Lebih 18,000 kes cacar monyet dan lima kematian direkodkan di 78 negara, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, daripada jumlah itu, 70 peratus jangkitan dilaporkan di Eropah dan 25 peratus lagi di Amerika.

Katanya, 10 peratus daripada kes terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Ini adalah wabak yang boleh dihentikan jika negara, komuniti dan individu memaklumkan diri mereka mengambil risiko dengan serius dan mengambil langkah yang diperlukan untuk menghentikan penularan serta melindungi individu terdedah,” katanya dalam webinar mengenai COVID-19 dan cacar monyet pada Rabu.

Sabtu lalu, WHO mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.

“Walaupun 98 peratus kes setakat ini adalah dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis, sesiapa sahaja boleh terdedah jangkitan.

“Atas sebab itu, WHO mengesyorkan agar negara mengambil tindakan untuk mengurangkan risiko penularan kepada kumpulan lain yang terdedah, termasuk kanak-kanak, wanita hamil dan mereka yang mengalami imunosupresi,” kata Tedros. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button