Berita UtamaDunia

Eksport bijirin Ukraine dijangka bermula dalam masa seminggu, kata Turkiye

Menteri Pertahanan Turkiye lancar pusat selia eksport bijirin

ANKARA, 28 Zulhijjah 1443H, Khamis – Turkiye memberitahu, eksport bijirin dari pelabuhan Ukraine akan disambung semula dalam masa seminggu, lapor Reuters.

Menurut laporan itu, eksport akan mencecah 25 juta tan menjelang akhir tahun, selepas ia menjadi perantara perjanjian antara Kyiv dan Moscow yang meredakan kebimbangan krisis makanan global.

Eksport yang dihentikan berikutan pencerobohan Russia, akan ditentukan oleh asas logistik, kata jurucakap Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, Ibrahim Kalin semasa wawancara dengan media tempatan.

Sebanyak 100 kapal yang membawa bijirin dan hasil pertanian terperangkap di pelabuhan Ukraine apabila perang meletus.  

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan kapal pertama akan bergerak dalam masa beberapa hari, dan penasihat kepada penanggung insurans global telah mencadangkan mekanisme yang mungkin membantu melindungi perdagangan.

Semalam, Menteri Pertahanan Turkiye, Hulusi Akar turut melancarkan pusat di Istanbul untuk menyelia eksport bijirin Ukraine. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button