Berita Utama

GEG: Kerajaan tak terburu-buru, guna pendekatan ‘soft landing’

Mahu beri masa generasi perintis memahami, terima akta

BANGI, 28 Zulhijjah 1443H, Khamis – Kerajaan memilih untuk menggunakan pendekatan ‘soft landing’ supaya Akta Merokok dan Generasi Penamat (GEG) dapat difahami serta diterima oleh generasi yang akan terkesan dengan peruntukan itu.

Atas sebab itu, keputusan melarang rokok – yang terpakai kepada generasi lahir pada dan selepas 2007 – tidak dibuat secara mendadak atau terburu-buru, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan itu berkata, kerajaan mahu memberikan masa untuk memahami bahawa mereka akan menjadi generasi perintis bagi menghentikan tabiat merokok selama-lamanya.

“Pelan pelaksanaan peruntukan GEG atau dikenali sebagai Generational Endgame Anti-Rokok-18 atau GEGAR-18 telah dilancarkan bagi memastikan persekitaran bebas tanpa amalan merokok tersedia untuk generasi tersebut.

“Antara pihak yang terlibat adalah Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi serta Majlis Belia Malaysia dan NGO yang telah bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan dalam melaksanakan setiap aktiviti di bawah Pelan GEGAR-18 ini,” katanya.

Sementara, bagi generasi yang lahir pada 2005 dan 2006, Khairy berkata, mereka akan terus dibimbing supaya tidak mula merokok.

“Dan bagi mereka yang sedang merokok sekarang ini teruskan merokok dan jika ingin berhenti anda akan dibantu melalui perkhidmatan berhenti merokok seperti mQuit.

“Smoke cessation programmes will be made more readily available to anyone who wants to quit smoking,” katanya.

Beliau berkata, semua langkah itu adalah bagi memastikan GEG dapat dilaksanakan secara berperingkat dan teratur.

“Its not all at once. Suddenly retail stores losing millions overnight? No! This is a gradual end to smoking.

“Bagaimanapun, pelaksanaan GEG ini kita tak boleh tangguhkan any later than 2007. Menurut Malaysian Factsheet dalam The ASEAN Tobacco Atlas 2019, bilangan kematian pramatang dianggarkan seramai 27,000 setahun.

“Adakah kita ingin melihat banyak lagi nyawa tergadai sekiranya pelaksanaan ditangguhkan? Kita tak perkara ini berlaku. Ini masa terbaik untuk luluskan akta ini, get your MP to please support this bill,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button