Berita Utama

PEMBELA tukar lokasi Hari Peradaban Bangsa Melayu

Padang Merbok tak boleh digunakan pada saat akhir: Aminuddin

BANGI, 28 Zulhijjah 1443H, Khamis – Menjelang dua hari lagi sebelum Hari Peradaban Bangsa Melayu diadakan, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) memutuskan untuk menukar lokasi penganjuran di Padang Bola Sepak Akademi KLFA, Taman Melati, Kuala Lumpur. 

Pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, penukaran itu dibuat selepas Padang Merbok tidak boleh digunakan pada saat-saat akhir.

Katanya, ini adalah penukaran ketiga setelah pelbagai ‘gangguan birokrasi’ untuk memuktamadkan lokasi penganjuran yang julung-julung kali diadakan itu.

“Perancangan asal kita adalah di Dataran Merdeka, tetapi kemudian diminta tukar ke Padang Merbok. Namun, pada saat akhir Padang Merbok tidak boleh digunakan.

“Oleh sebab itu, kita mengambil keputusan untuk menganjurkannya di Padang Bola Sepak Akademik KLFA, Taman Melati, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Meskipun terdapat ‘gangguan’, Aminuddin berkata, segala persiapan setakat ini masih berjalan dengan baik.

“Kita bertekad untuk teruskan juga walau apa yang berlaku kerana sahabat-sahabat kita dari pelbagai pertubuhan silat, busana dan kebudayaan Melayu serta NGO-NGO, malah berkobar-kobar.

“Marilah kita memeriahkan festival ini yang bakal berlangsung pada 9 pagi hingga 6 petang pada Sabtu ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button