Berita Utama

Perhimpunan#Turun: Polis serah kertas siasatan esok

Polis ambil keterangan 27 individu yang disyaki terlibat dalam perhimpunan

KUALA LUMPUR, 28 Zulhijjah 1443H, Khamis – Polis akan menyerahkan kertas siasatan berhubung perhimpunan #Turun di hadapan sebuah pusat beli-belah pada Sabtu lepas, kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, setakat ini, pihaknya telah mengambil keterangan daripada 27 individu yang disyaki terbabit dalam perhimpunan itu.

“Kita sudah lengkapkan kertas siasatan dan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kuala Lumpur di Pusat Latihan Polis (Pulapol), hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sabtu lepas, kira-kira 100 orang terdiri daripada mahasiswa, ahli parti politik dan beberapa individu berhimpun sambil memegang plakad dan gegantung bertulis “potong gaji menteri”, “turun dan lawan” dan lain-lain. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button