Berita UtamaDunia

COVID-19: Wuhan laksana semula perintah berkurung

2 kes dikesan tanpa gejala, dua lagi melalui kontak rapat

WUHAN, 29 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Kira-kira sejuta penduduk di pedalaman Wuhan terpaksa menjalani semula perintah berkurung sekurang-kurangnya empat hari berikutan penemuan empat kes baru.

China sebelum ini mengamalkan strategi ‘Zero COVID’ termasuk pelaksanaan ujian secara besar-besaran, peraturan pengasingan yang ketat dan juga penutupan kedai-kedai.

Langkah ini dilakukan bagi mengawal kes kematian berbanding beberapa negara lain.

Bagaimanapun strategi itu berdepan tentangan masyarakat setempat kerana diangap menjejaskan keadaan ekonomi selain berdepan tekanan sekatan.

Wuhan bandar yang didiami oleh 12 juta penduduk mengesan dua kes baru tanpa gejala dua hari lalu.

Manakala dua lagi kes dikesan melalui kontak rapat yang berlaku selepas pengumuman perintah berkurung berkuat kuasa semalam.

Wuhan mula dikenali di seluruh dunia pada awal 2020 sebagai tempat pertama sainstis mengesan COVID-19 sekali gus menjadikan bandar pertama yang mengenakan sekatan yang ketat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button