Berita UtamaDunia

Dua juruterbang maut, pesawat tentera udara India terhempas

Dilaporkan terhempas ketika menjalani latihan

NEW DELHI, 29  Zulhijjah 1443H, Jumaat – Dua juruterbang maut selepas sebuah pesawat Tentera Udara India (IAF) terhempas di Rajasthan pada Khamis.

“Pada 9.10 malam sebuah pesawat IAF MiG 21 terhempas ketika membuat latihan. Kedua-dua juruterbang terkorban. 

“IAF amat kesal dengan insiden itu dan siasatan telah diarahkan untuk kenal pasti punca nahas,” menurut IAF. 

Pesawat itu dilaporkan berlepas dari pangkalan udara Uttarlai di daerah Barmer di Rajasthan. 

Menurut laporan media tempatan, sejak Januari 2021 sudah enam pesawat MiG-21 terlibat dalam nahas udara. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button