Berita UtamaDunia

Iran akan mula bina reaktor penyelidikan nuklear di Isfahan

Rancangan baharu hasilkan 10,000 megawatt elektrik nuklear

TEHRAN, 29 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Dalam beberapa minggu mendatang, Iran akan mula membina reaktor penyelidikan nuklear di kemudahan nuklear Isfahan, kata ketua Pertubuhan Tenaga Atom (IAEO) negara itu.

Bercakap semasa lawatan ke tapak itu, Mohammad Eslami berkata: “Iran merancang untuk membina reaktor nuklear penyelidikan untuk menguji bahan api bagi seluruh reaktor nuklear yang akan melengkapkan kitaran penyelidikan, penilaian, ujian dan pengesahan pengeluaran elektrik nuklear di negara ini.” 

Agensi berita Fars memetik Eslami sebagai berkata: “Iran mempunyai rancangan baharu untuk menghasilkan 10,000 megawatt elektrik nuklear dan kerja sedang dijalankan untuk memilih tempat yang sesuai untuk membina kemudahan nuklear di negara ini, terutamanya di selatan.”

Pengumuman Iran dibuat ketika rundingan yang bermula pada April 2021 antara Iran dan kuasa dunia untuk memulihkan perjanjian nuklear 2015 telah terhenti. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button