Berita UtamaDunia

Lima maut serangan peluru berpandu Russia di Mykolaiv

Kawasan perhentian pengangkutan awam pula dibedil

KYIV, 29 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan tujuh cedera dalam serangan peluru berpandu Russia ke atas bandar Mykolaiv di Ukraine pada Jumaat.

Menerusi Telegram, Gabenor wilayah Mykolaiv, Vitaliy Kim mendakwa, peluru berpandu membedil kawasan berhampiran perhentian pengangkutan awam.

Beliau pada awalnya mengumumkan angka kematian seramai empat orang, tetapi kemudian berkata, lima orang terbunuh dalam serangan itu dan tujuh cedera, dengan perkhidmatan penyelamat bekerja di lokasi kejadian.

“Pada masa ini, kami mengetahui tujuh cedera dan lima terbunuh,” katanya.

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan serangan di Mykolaiv secara bebas.

Russia – yang menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu – tidak segera mengulas mengenai situasi berkenaan dan menafikan sengaja menyasarkan orang awam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button