Berita Utama

Negeri Sembilan akan pinda Perlembagaan halang ADUN lompat

Dijangka dilaksana semasa pembentangan bajet negeri

SEREMBAN, 29 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Negeri Sembilan akan meminda Perlembagaan negeri bagi menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada melompat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, ini akan dilakukan sebaik sahaja Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti.

“Kami tidak akan dapat melakukannya semasa persidangan dewan akan datang pada Ogos kerana kami perlu menghantar notis kepada ADUN.

“Jadi ini mungkin akan dilakukan semasa pembentangan bajet negeri pada penghujung Oktober atau awal November,” katanya, hari ini.

Pada Khamis, 209 Ahli Parlimen yang hadir di Dewan Rakyat mengundi menyokong pindaan Perlembagaan untuk mewujudkan peruntukan antilompat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rang undang-undang itu kini dijangka dibentangkan di Dewan Negara pada 9 Ogos.

Aminuddin mengalu-alukan keputusan itu sambil berkata, bahawa pengundi sudah muak dengan wakil rakyat yang bertukar taat setia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button