Berita UtamaDunia

Turki perkenal konsep jihad dalam buku teks sekolah

Gambarkan jihad adalah perkara wajib bagi semua umat Islam

ANKARA, 29 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Kementerian Pendidikan Turki setuju memasukkan konsep jihad bersenjata dalam buku teks mata pelajaran agama gred 12 bagi sekolah awam seluruh negara.

Buku teks berkenaan menggambarkan ideologi Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang diketuai Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Buku teks yang dikarang Abdullah Açık, Veli Karataş and Mustafa Yılmaz itu diterbitkan oleh pejabat percetakan kerajaan dan diedarkan dengan tajuk Asas Kepercayaan Agama Islam.

Buku tersebut menekankan tindakan jihad adalah perkara wajib bagi semua orang Islam namun malangnya kini ia dilihat sebagai tindakan yang buruk pada pandangan orang bukan Islam.

Malah masyarakat bukan Islam mendakwa jihad adalah perbuatan yang tidak membawa kebaikan dan sesuatu yang perlu dielakkan.

Bagaimanapun buku yang diterbitkan oleh percetakan kerajaan Turki itu tidak mengaitkan perkara jihad melibatkan organisasi pengganas seperti ISIS, Al-Qaeda serta kumpulan pengganas lain yang menyalahgunakan konsep jihad untuk aktiviti pembunuhan, rogol dan jenayah lain.

Kandungan buku tersebut diluluskan sebagai bahan pengajian gred 12 oleh Kementerian Pendidikan Turki.

Buku tersebut juga menerangkan perjalanan pengasas zaman Uthmaniyyah yang menjadikan jihad sebagai cara hidup mereka sehingga sanggup berkorban apa sahaja ke arah jalan yang diredai Allah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button