Berita Utama

Festival Hari Peradaban Bangsa Melayu berlangsung meriah

Ribuan hadir dengan ada lengkap berbusana tradisional Melayu

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

KUALA LUMPUR, 1 Muharram 1444H, Sabtu – Festival Hari Peradaban Bangsa Melayu (HPBM) yang berlangsung hari ini mendapat sambutan meriah dalam kalangan masyarakat.

Tinjauan ISMAweb.net mendapati, jumlah mereka yang hadir ke festival yang julung kali diadakan itu mencecah ribuan orang sejajar sasaran 50,000 pengunjung oleh penganjur.

Lebih menarik ada di antara mereka yang hadir lengkap berbusana tradisional Melayu.

Membuka tirai seawal jam 10 pagi, program dimulakan dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dipimpin oleh Saliq Band.

HPBM yang dijalankan di Padang Bola Sepak Akademik KLFA itu kemudian dihangatkan dengan senaman silat oleh Pangiran Aduka dari Gayong Maarifat Kuala Lumpur.

Turut menyerikan festival adalah persembahan tarian oleh penari dari Akademi Seri Putra Selangor.

Di samping disajikan dengan persembahan menarik, para pengunjung juga berpeluang menyertai beberapa pertandingan dianjurkan antaranya sukan rakyat.

Selain itu, reruai pameran turut disediakan yang berkisah kepada sejarah Melayu antaranya berkaitan busana dan tanjak, seni persilatan, tulisan khat serta artifak.

Lebih menarik lagi, para pengunjung juga berpeluang mendapatkan cenderahati edisi terhad filem yang mencetuskan fenomena di negara ini Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button