Dunia

Buka ruang udara, pendirian Arab Saudi kekal tak berubah berhubung isu Palestin

Keputusan dibuat sejajar dengan kewajipan antarabangsanya

RIYADH, 1 Muharram 1444H, Sabtu – Arab Saudi mengulangi negara ini tidak sama sekali akan mengubah pendiriannya berhubung isu Palestin, di sebalik keputusannya membuka ruang udara kepada semua pesawat antarabangsa termasuk dari Israel.

Pemangku kuasa delegasi tetap Arab Saudi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mohamed al-Atiq berkata demikian ketika sesi Majlis Keselamatan mengenai Palestin, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pada Khamis.

“Arab Saudi mengesahkan pendirian teguhnya tidak akan berubah dan akan terus menyokong perjuangan Palestin dan rakyat Palestin walaupun membenarkan penerbangan antarabangsa melintasi ruang udara Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata keputusan itu sejajar dengan kewajipan antarabangsanya dan langkah ini bukanlah bermakna ia menjadi permulaan kepada langkah-langkah lain.

Arab Saudi tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan berulang kali menyatakan bahawa ia tidak akan memulihkan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv selagi isu Palestin tidak diselesaikan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button