COVID-19: 4,860 kes baharu, 10 kematian direkod
Kes aktif COVID-19 meningkat sebanyak 1,014 dengan jumlah terkini 48,300 kes

BANGI, 1 Muharram 1444H, Sabtu – Kes baharu COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan kepada 4,860 pada Jumaat.
Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 934 kes berbanding pada Khamis dengan hanya 3,926 kes sahaja.
Jumlah itu sekali gus menjadikan kes baharu harian bertambah kepada 4.6 juta sejak pandemik berkenaan melanda negara.
Menurut data KKM di portal CovidNow, 10 kematian dilaporkan termasuk satu kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).
Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara mencatatkan peningkatan sebanyak 1,014 kes dengan jumlah terkini 48,300 kes.
Sebanyak 95.9 peratus daripada kes aktif atau 46,334 sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,883 kes dirawat di hospital dengan 60 kini ditempatkan di wad ICU dan 34 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 3,836 kes sembuh.