Berita Utama

HPBM: Pengunjung diperkenal permainan singkap kegemilangan Melaka

Beri pengetahuan mungkin tidak diajar dalam buku teks

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

KUALA LUMPUR, 1 Muharram 1444H, Sabtu – ‘Melaka’.

Walaupun hanya satu perkataan, siapa sangka permainan papan itu mampu membuka minda pemain mengenai sejarah Melaka yang pernah di puncak dunia suatu ketika dahulu.

Memberi pengalaman baharu kepada pengunjung Festival Hari Peradaban Bangsa Melayu (HPBM), Pengasas FnD mindspot, Effendy Norzaman berkata, permainan membina empayar itu bukan dikategorikan sebagai mudah, namun ia boleh dimainkan oleh mereka yang berusia 10 tahun ke atas.

Katanya, selain orang Melayu, permainan ini juga mendapat perhatian bukan Melayu dan pada masa sama memberi pengetahuan yang mungkin tidak diajar di dalam buku teks.

Katanya lagi, dalam permainan ini wang bukanlah keutamaan, sebaliknya pemenang dikira mengikut keluasan jajahan serta pengaruh Islam yang dilakukan.

“Permainan ini masih dalam proses pembuatan. Kita ada uji dan dapat maklum balas boleh dikatakan daripada pakar sejarah.

“Nak buat permainan yang seronok senang tetapi yang ada pembelajaran ada cabaran sedikit sebab kita nak imbangkan kedua-duanya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

HPBM dianjurkan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) buat julung kalinya di negara ini.

Selain persembahan dan permainan tradisional bangsa yang mengimbau semula nostalgia, reruai pameran turut disediakan yang berkisah kepada sejarah Melayu antaranya berkaitan busana dan tanjak, seni persilatan, tulisan khat serta artifak.

Terdahulu, jumlah mereka yang hadir ke festival itu mencecah 8,000 orang sejajar sasaran penganjur.

Lebih menarik ada di antara mereka yang hadir lengkap berbusana tradisional Melayu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button