Berita Utama

HPBM: ‘Tiada satu perkataan pun hina bangsa lain’

Kempen BMF masih berjalan cuma perlahan atas beberapa faktor

KUALA LUMPUR, 1 Muharram 1444H, Sabtu – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya menepis tuduhan dan kritikan pihak tertentu terhadap penganjuran Hari Peradaban Bangsa Melayu (HPBM) kononnya bertujuan menghina serta mengetepikan bangsa lain.

Beliau juga menolak dakwaan kononnya orang Melayu kini sudah tidak melihat kebudayaan itu sebagai satu perkara yang penting.

Sedangkan, katanya, sambutan menggalakkan pengunjung yang hadir ke HPBM di Padang Bolasepak KLFA, Kuala Lumpur hari ini membuktikan program berkenaan sangat penting dan dekat dengan hati rakyat terutama orang Melayu.

“Dengan mengatakan kita membina sempadan (dengan kaum-kaum lain) itu adalah tidak benar.

“Dan kalau kita lihat di sini kita ada main gasing, congkak, memanah dan sebagainya, tiada satu perkataan pun yang kata menghina atau bina sempadan dengan kaum lain.

“Malah, kita ajak lagi kaum lain untuk bersama memahami akan budaya kesenian orang Melayu, itu pendekatan kita,” katanya dalam sidang media Hari Peradaban Bangsa Melayu, di sini hari ini.

Mengulas kesinambungan program ini, Aminuddin berkata, PEMBELA bukan sekadar merancang mengadakan kempen berkonsepkan peradaban bangsa di seluruh negara, bahkan merancakkan kembali ekonomi orang Melayu melalui ‘Buy Muslim First’ (BMF).

Beliau menjelaskan bahawa kempen BMF masih berjalan sehingga kini, namun disebabkan beberapa faktor tertentu antaranya di pihak kerajaan dan situasi pandemik menyebabkan usahanya perlahan.

“Jadi, itu sebabnya. Ia (BMF) masih berjalan tetapi tidak sebagaimana yang kita harapkan. Insya-Allah, bulan Disember ini, kita akan rancakkan semula.

“Dan kempen BMF memang khas kerana ia antara bidang yang kita kata peradaban dalam konsep yang luas untuk membangunkan ekonomi,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button