Berita UtamaDunia

25 maut bencana banjir di Kentucky

Usaha penyelamatan sedang dijalankan, hujan dijangka kembali lebat petang ini

KENTUCKY, 2 Muharram 1444H, Ahad – Sekurang-kurangnya 25 orang maut, termasuk empat kanak-kanak setelah hujan lebat membanjiri bandar-bandar di seluruh Appalachia, kata Gabenor Kentucky.

Gabenor Andy Beshear berkata, jumlah itu mungkin akan meningkat dengan ketara dan mengambil masa beberapa minggu untuk mencari semua mangsa banjir kilat yang direkodkan.

“Ini adalah bencana alam yang berterusan,” kata Beshear kepada Fox News.  

“Kami masih dalam situasi mencari dan menyelamat. Syukur pada tuhan, hujan telah berhenti. Tetapi ia akan hujan lebih banyak mulai petang Ahad,” katanya.

Pasukan penyelamat meneruskan perjuangan untuk masuk ke kawasan yang dilanda banjir teruk, sebahagian daripadanya antara tempat termiskin di Amerika Syarikat.  

Lebih 1,200 penyelamatan adalah daripada helikopter dan bot, kata gabenor itu.

“Kami komited untuk usaha membina semula sepenuhnya, memulihkan keadaan mereka ini. Tetapi buat masa ini, kami hanya berdoa agar kami tidak kehilangan lebih banyak orang,” katanya.

Kentucky menerima antara 20 hingga 27 sentimeter (lapan hingga 10.5 inci) hujan dalam masa 48 jam. Cuaca membaik pada hari Sabtu, tetapi lebih banyak hujan dijangka pada hari ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button