Dunia

Gempat bumi Filipina: 10 maut, lebih 300,000 penduduk terjejas

Lebih 21,800 rumah rosak manakala 48 bandar alami gangguan elektrik

MOSCOW, 2 Muharram 1444H, Ahad – Gempa bumi yang melanda Filipina awal minggu ini telah menjejaskan lebih 314,000 penduduk, dan angka kematian mencecah 10 orang, menurut Majlis Pencegahan dan Pengurusan Risiko Bencana Nasional (NDRRMC) pada Ahad.

Lebih 21,800 rumah rosak manakala 48 bandar dan majlis perbandaran mengalami gangguan bekalan elektrik, lapor Sputnik.

Gempa berukuran tujuh pada skala Richter itu berlaku di wilayah Abra, Luzon dan Metropolitan Manila di utara Filipina pada 27 Julai, dengan pusat gempa terletak pada kedalaman 17 kilometer.

Sebanyak 798 gegaran susulan turut dilaporkan berlaku. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button