Berita Utama

Kanak-kanak lelaki hilang, ditemukan lemas di Sungai Plentong

Terima laporan kehilangan pada pukul 6.49 petang semalam

JOHOR BAHRU, 2 Muharram 1444H, Ahad – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang di Taman Plentong, Masai pada Jumaat lepas, ditemukan lemas dalam Sungai Plentong di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima maklumat penemuan mayat kanak-kanak itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun di sungai berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Kami menerima laporan kehilangan kanak-kanak itu pukul 6.49 petang semalam daripada seorang wanita berusia 40 tahun yang memaklumkan bahawa anaknya masih tidak pulang sejak keluar dari rumah kira-kira pukul 3 petang pada Jumaat lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.

Menurutnya mangsa disahkan sebagai anak wanita yang hilang itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button