Berita Utama

Pemain industri tembakau melobi di Parlimen bantah GEG lakukan kesalahan

Khairy tak dedah nama Ahli Parlimen, pelobi tembakau

PUTRAJAYA, 2 Muharram 1444H, Ahad – Pemain industri tembakau yang berada di Parlimen untuk melobi menentang pelaksanaan Generation End Game (GEG) telah melakukan kesalahan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan terdapat pemain tembakau ‘melobi di Parlimen’.

Beliau juga berkata bahawa seorang Ahli Parlimen telah bertemu dengan seseorang daripada ‘tiga syarikat tembakau besar’, tetapi Ahli Parlimen itu memberi jaminan bahawa beliau akan menyokong Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok.

“Menurut Konvensyen (Kerangka) Kawalan Tembakau, pihak yang berminat dalam industri tembakau tidak dibenarkan melobi dan campur tangan dalam hal ehwal undang-undang mana-mana negara mengenai kawalan tembakau.

“Ahli Parlimen yang bertemu mereka bagaimanapun telah berikrar untuk terus menyokong rang undang-undang itu.

“Ahli Parlimen hanya mahu mendengar penjelasan (daripada pelobi tembakau),” katanya dalam temu bual dengan media.

Khairy bagaimanapun tidak mendedahkan identiti Ahli Parlimen atau nama pemain industri tembakau tersebut.

Beliau seperti dilapor NST berkata, beliau akan memperjuangkan rang undang-undang itu diluluskan dalam persidangan Parlimen.

Beliau juga menjawab pengkritik yang bertanya mengapa kementerian tidak meneruskan larangan generasi yang sama terhadap alkohol, gula atau garam.

“Berbeza dengan ketiga-tiga item ini, tiada kuantiti atau had minimum yang selamat untuk merokok.

“Itu adalah fakta saintifik dan itu juga dipegang (oleh kerajaan) di negara lain,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button