Berita Utama

1.2 juta warga China ‘hilang’, inilah fenomena penjajahan alaf baharu

Adakah KDN sengaja lengahkan bangun infrastruktur kesan 'kehilangan'?

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 3 Muharram 1444H, Isnin – Pendedahan lebih 1.2 juta warga China dikesan tiada rekod keluar dari Malaysia dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021 adalah satu fenomena penjajahan baharu kepada negara.

Keadaan itu dibimbangi mengundang risiko yang amat besar terhadap kedaulatan dan keselamatan nasional, kata Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim.

Beliau khuatir, situasi itu akan mengancam keselamatan negara sekiranya Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal bertindak segera.

“Persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah, adakah KDN sengaja melengah-lengahkan pembangunan infrastruktur dan keberkesanan sistem untuk mengesan ‘kehilangan’ pelawat ini untuk tujuan tertentu?

“Mana mungkin isu yang begitu penting dan genting ini dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang pelan dan tindakan susulan?,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini. 

Sebelum ini, media melaporkan bahawa seramai 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.

KDN memaklumkan, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.

Namun, jumlah warga China yang keluar dari negara ini bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765, iaitu kurang 1,222,278 orang berbanding jumlah yang masuk.

Atas sebab itu, Muhammad Lukman tidak menolak kemungkinan ada sindiket tertentu yang melindungi atau menyeludup sejumlah warga China terbabit untuk tujuan jenayah, perniagaan dan sokongan politik.

“Mungkin sebahagian mereka menjadi pelacur, pengintip mahupun ahli kumpulan kongsi gelap yang akan menjahanamkan negara kita Malaysia.

“Selain tindakan serta-merta bagi memperbaiki sistem imigresen, KDN juga harus bekerjasama dengan PDRM dan pihak berautoriti lain bagi mengesan warga China ini sehingga ke lubang cacing,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button