Berita UtamaDunia

Sempadan New Zealand dibuka sepenuhnya

Kapal layar rekreasi asing dibenar berlabuh

WELLINGTON, 3 Muharram 1444H, Isnin – Buat kali pertama sejak wabak COVID-19 melanda, New Zealand yang menutup sempadannya pada Mac 2020, membuka semula sepenuhnya kepada pelawat dari seluruh dunia hari ini.

Awal Februari lalu, sempadan negara itu dibuka semula hanya untuk warga New Zealand dan sekatan semakin berkurangan.

Proses membuka semula sempadan berakhir malam tadi dengan pelawat yang memerlukan visa dan mereka yang mempunyai visa pelajar kini juga dibenarkan pulang ke New Zealand.

New Zealand turut membenarkan kapal persiaran dan kapal layar rekreasi asing berlabuh di pelabuhannya.

Pelajar antarabangsa merupakan penyumbang penting kepada ekonomi New Zealand dan penyedia pendidikan berharap pembukaan semula sempadan akan memberikan rangsangan kepada sekolah dan universiti di seluruh negara.

Ketika berucap di Sidang Kemuncak Perniagaan China di Auckland, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata, pembukaan sempadan peringkat akhir adalah saat yang sangat besar.

“Ia merupakan proses berperingkat dan berhati-hati di pihak kami sejak Februari kerana kami, bersama-sama seluruh dunia terus menguruskan wabak global yang sangat hidup, sambil memastikan rakyat kami selamat,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button