Berita Utama

VIDEO: Liputan Hari Peradaban Bangsa Melayu daripada media Cina

Naratif laporan berita banyak tonjol intipati, aktiviti sebenar festival

SALURAN TV Cina, Astro AEC telah membuat liputan mengenai Hari Peradaban Bangsa Melayu baru-baru ini.

Sari kata terjemahannya pula dibuat oleh Cikgu Rafizah. Terima kasih cikgu, sangat bermakna buat jawatankuasa penganjur program.

Terima kasih diucapkan kepada Astro AEC kerana sudi turun ke lokasi festival. Memang saya perasan, mereka ada bawa pasukan yang bagi saya serba lengkap.

Naratif laporan berita ini juga baik dan banyak menonjolkan intipati dan aktiviti sebenar festival.

Berbeza dengan segelintir media, khususnya media-media Cina lain yang banyak memainkan naratif buruk sebelum berlangsungnya festival. Tapi, hari kejadian tak nampak pula batang hidung.

Saya berharap agar laporan media ini dapat menyampaikan naratif yang baik ini kepada masyarakat Cina secara massa.

Akhirnya, saya harap liputan tersebut dapat menarik lebih ramai orang dari masyarakat Cina hadir ke festival ini tahun depan untuk mengenali serta menghayati segala intipati peradaban bangsa Melayu.

Sekali gus, bersama-sama menyambut Hari Peradaban Bangsa Melayu. Insya-Allah.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
1 Ogos 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button