Berita Utama

Polis selesai rakam keterangan Mohamed Apandi

Berhubung laporan seorang Ahli Parlimen terhadap siasatan 1MDB

KUALA LUMPUR, 3 Muharram 1444H, Isnin – Polis selesai merakamkan keterangan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berhubung laporan seorang Ahli Parlimen terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan berkata Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengambil rakaman percakapan Mohamed Apandi bermula 2.30 petang hingga 3.45 petang tadi.

Jumaat lepas, media melaporkan polis menerima laporan dibuat Ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang tidak berpuas hati terhadap siasatan 1MDB oleh Mohamed Apandi ketika beliau menjadi Peguam Negara dan mendakwa Mohamed Apandi menyalahgunakan kuasa melibatkan kes itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button