Berita Utama

PRU15: PAS masih belum tutup ruang penyatuan ummah

Pembahagian kerusi calon di Pahang belum diadakan

KUANTAN, 3 Muharram 1444H, Isnin – PAS masih terbuka untuk mendukung agenda penyatuan ummah termasuk dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun, beliau berkata, segalanya bergantung kepada UMNO yang dilihat bergerak secara ‘solo’ dalam beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

“Kita (PAS) masih mendukung hasrat untuk penyatuan ummah…kami lihat perlunya tiga parti ini (Bersatu, PAS, UMNO) duduk bersama. Dalam politik, PAS berdaftar sebagai komponen Perikatan Nasional (PN), kita bergerak dalam konteks PRU, kecuali Barisan Nasional buat keputusan berbeza kita bincang semula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Himpunan Hijau 3.0 di sini, malam tadi yang turut dihadiri Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan pimpinan PAS Pahang.

Mengulas pembahagian kerusi calon PAS di Pahang, Tuan Ibrahim berkata, perbincangan mengenai kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masih belum diadakan.

“Bergantung kepada perbincangan dan kami akan buat keputusan selepas itu, berapa jumlah calon dan sebagainya bergantung kepada perbincangan dalam PN,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button