Berita UtamaDunia

Ribuan penduduk Sudan protes pemerintahan tentera

Tuntut pemulihan pemerintahan awam

KHARTOUM, 3 Muharram 1444H, Isnin – Protes baharu meletus di Sudan bagi menuntut pemulihan pemerintahan awam di negara bergolak itu.

Menurut Anadolu Agency, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di ibu negara Khartoum dan menyekat beberapa jalan dengan penghadang serta membakar tayar.

Berikutan itu, pasukan keselamatan menutup jalan menuju ke Istana Presiden dan ibu pejabat Komando Tentera Sudan di ibu negara.

Demonstrasi juga dilaporkan di bandar Bahri dan Omdurman serta bandar timur Kassala.

Penunjuk perasaan memegang sepanduk mengutuk pemerintahan tentera dan menuntut pemulihan pemerintahan awam di Sudan.

Protes pada Ahad digesa oleh bekas pakatan Pasukan Kebebasan dan Perubahan (FCC), yang menerajui gelombang demonstrasi ketika menentang tentera.

Sudan telah bergolak sejak Oktober lalu, apabila tentera memecat kerajaan peralihan Perdana Menteri, Abdalla Hamdok, satu langkah yang dikecam oleh kuasa politik sebagai ‘rampasan kuasa tentera.’

Pegawai perubatan Sudan berkata, lebih 100 orang terbunuh dalam protes terhadap tentera sejak itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button